FaMiLyTale is about syam n fied's family..Currently we ve 1 baby boy named danyl muqri..Enjoy our FaMiLyTale!!
Related Posts with Thumbnails

DANYL MUQRI

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, June 15, 2010

Rejab 1431

Rejab kembali lagi..Syukur ke hadrat Ilahi aku masih di sini..

Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan


Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.


sumber :- sini...

***************************
PUASA DI BULAN REJAB
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."
Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")
Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")
Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
sumber :- sini....
**************************

Keistimewaan Berpuasa Di Bulan Rejab


Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
 
sumber : - sini....

Monday, June 14, 2010

congrats gbum n farhana

Dalam kemeriahan majlis perkahwinan gbum (oo gbum tue nama glemer je..nama dia muain) ada pulak org yg mengecohkan keadaan..sebelum tue nk story sket la kan..gbum n nasri(entry wed ari tue) ialah kwn sek men saya..sek men teknik kl..b4 this x ramai kaum adam kelas saya yg kawin..diorg kate kene sumpahan cikgu sbb masa skolah dulu terlalu "BAIK"..hahahah..tp bila sorg dh kawin,haaa amik ko, berderet-deret jemputan..bulan 5 arie tue sorg kawin,bln nie je 3 org kawin..haaa nie kire sumpahan dh abis r..hehhehe

ok berbalik kepada cite sensasi di wed gbum..kitorg sampai dlm kol 1.30 camtue..wed nye kt pantai dlm..kat medan selera dbkl kt situ..fied pon g la amik tpt duduk dpn skali sbb nk amik gamba senang..tp camera plak lupa bwk,jd amik pakai fon je r kan..hehhehe...muqri tido dlm stroller..hubby ape lg kan terus menuju ke buffet..hehhhe..bile hubby dtg kat meja,dia kate ada org buat kecoh...fied tanya kenapa??hubby ckp org tue nk meniaga..ank makcik kedai tue,siap baling2 kerusi..malangnya kerusi yg dia baling tue ialah kerusi plastik,jd kerusi tue melantun balik kt dia n dia sempat tepis..utk mengelakkan malu,dia sepak pulak kerusi tue jauh2..hahhhaa

Makanya fied pn pergi la tgk plak sambil amik food..sebaik muqri tido..huhuhu..masa fied pegi tue,polis baru sampai,2 org..medan selera nie separuh je berbumbung..n kwsn meniaga dia pn berbumbung cuma dia nk meluaskan sket lg kwsn dia tue yg dia nk letak kt bwh bumbung tpt kawin nie..alaa mcm mamak2 slalu nk letak kt parking lot tue..haaa cam tue r..ramai la tetamu yg menyaksikan adegan tue kan,pastue makcik kedai mkn tue ckp "ape pndg2..haaaaa ape??ada hutang??org nk meniaga pon x bleh..nie mata pencarian aku tau x!!" tp sume org diam n masih memandang..

dtg lg 3 org polis utk mengawal keadaan..fied nmpk tuan rumah mcm menunjukkan sesuatu kpd polis,fied rasa permit la kan..tp agak2 la makcik oiiii,kalo x da permit pon,nie kan org kawin..bukan lame pn dia nk pakai..dlm kol 5 abis r kot...g pon tpt yg dia nk letak meja tue bknnye tuan rumah ada letak pape pn..dia just clearkan utk senang org jln...common makcik..kite kan melayu dgn melayu...mcm la x phm..gile r melayu camtue...

habis mkn,muqri pn bangun sbb terkejut bunyi mercun,so fied pn g la amik food utk muqri plak..nak tau ape??dakcik tue dah letak dah meja diorg kt tpt yg dah di ksgkan tue..gile kan!!! ini org x da akal fikiran...x boleh tolak ansur..simpati saya kepada tuan rumah ats kekecohan yg berlaku..tp jgn risau gbum,majlis ko ttp berjln lancar...makcik tue je yg kecoh..org x heran pn..masa fied nk balik saje la pndg kt kedai dia..x da org mkn pn..tp kecoh 1 dunia..penjaja lain ok je..siap dtg mkn lg..

mcm nie ke sikap melayu??bertimbang rasa la...bkn selalu pon,malah seminggu sekali pn x..ape la makcik gile tue fikirkan agaknye..walaupn la agaknya kedai dia yg paling laku n fames kt situ,ada ke org nk dtg mkn time2 ada wed cam tue..fikir la makcik oiii..g pon majlis tue setel kol 5..haaa ko meniaga la sampai bile2..hishhh x phm betul r org cetek pemikiran nie..anyway..congrats gbum..

haaa ini la pengantin nye..hehehhe..semoga bahagia ke akhir hayat..

Saturday, June 12, 2010

congrats nas n mehru

Hari ini berlangsungnye Festival Sains Teknologi Inovasi Selangor FesTIS 2010..dek kerana festival ini maka,suami saya pon kene bekerja pada hari cuti dan musim org kawin nie...x da tarikh lain ke korg nk pilih..disebabkan hubby saya kene kerja dan kami ada 3 jemputan kawin dan 1 jemputan aqiqah,maka harus memilih yg terdekat n cepat  utk hubby pulang ke tpt kerja semula..

Kami telah sepakat utk g Majlis kawin Nas je..tue pon tgh2 mkn org opis dok call2 soh balik cepat kalo bleh..saya nie pelik gak r kenapa kene call2??x ckp staff ke or org len x leh tlg cover kejap ke??sbb hubby saya bnyk dh cover utk kwn2..so kitorg pon mkn cepat2,amik gambar ngan pengantin,then terus balik..nie je pix yg sempat di ambil..

maaf ye pix blur..itu je yg camera man tue amik..at least ada la kan..maafkan tudung saya ye..hehehe..tudung hijau x jumpa..mak ckp basuh..hwuaaaaa..boleh je r..kuikuikui..semoga korg bahagia hingga keakhir hayat..

Friday, June 11, 2010

Nur Qiesya Hannah

Seronoknye...td kitorg g visit my sister in law kat kbmc..congrats kak ngah cz dah selamat melahirkan cute little baby girl, Nur Qiesya Hannah..Best sgt dpt cium Qiesya td..muqri pn kiss..kenapa la x da perfume yg bleh bau mcm new born bb kan..mane org2 yg terer buat perfume??try r buat 1 perfume yg bau dia mcm new born bb..ada bran ke??hehhhe

beratnye is 2.74kg..rambut lebat x hengat..bibir merah bak delima..x yah pakai lipstik dah..hehhehe..ini je pix yg dpt amik sbb dia tido..geramm sgt..kak ngah kate nk tutup buku dah lepas nie..hehhehe,betul ke kak ngah??angah setuju ke??kuikuikui..anyway congrats ye angah n kak ngah...

nampak double chin dia..

haaa nie lg tembam..

Tuesday, June 8, 2010

santap bersama Yang di-Pertuan Agung

Ketam msk cili,udang sambal,siakap 3 rasa,kerapu stim,kerang bakar,kerang rebus dan bermacam-macam jenis lauk dan ulam-ulaman..mmm sedapnye...saya dan husband di panggil mengadap Agung utk bersantap bersama...wuishhh mau x sedap,tgk dr menu je dh terliur dah...Masa tue hanya ada Agung n family je..sedap giler mkn x pandang kiri kanan dah..hehehe

Permaisuri yg cantik tue pn mcm dah x cantik sbb lauk pauknye lg best..lepas mkn n borak2 kosong,masuk pula bermcm-mcm jenis desert..dh x tau dah nk mkn yg mana satu dulu..protokol mkn beradap pn mcm  dh x di hiraukan lagi...hubby ape lg,mmg x ingat langsung ada kt sebelah..tgh2 mkn anak Agung jatuhkan kacang..konon-konon nk tunjuk baik r kan nk kutip kan pastue Baginda ckp."it's okey fied,let the them(org gaji dia r tue) clear that.enjoy ur food" dengan rasa agak tersipu-sipu meneruskan mknan..

Dlm bnyk2 tue ada biskut mazola..sedapnye..maklum la feveret kan..mkn sume skali..tp mazola lg satu nie mcm menarik sket cz dia mcm kene bakar yg mcm kite buat bbq tue..bukan bakar dlm oven..rasa dia??perghhhh menjilat jari beb..kalah kfc..mkn punya mkn skali ada dengar tepon bunyi..bila buka mata rupanya ianya hanyalah mimpi..

wah fied sampai mimpi mkn ngan Agung..hehhehe..bile bgn terus nk buat biskut mazola..jgn marah ye kwn2..cite psl mimpi kt blog,mane tau jd kenyataan kan..kuikuikui

tgh sejukkn

nk bagi kt mama..heheh..buat x bnyk jd bg pn sikit la sbb saya dh abiskan bnyk jugak..kuikuikui..
bnyk pula entry hari nie kan..hehehe..saba je la

rasuah!! bribe!!

Adoiiiii helloo this is sport okeyyy..xkn r nk byr2 gak..g pn nie bkn peringkat nasional pon..relax la...sorry la guyz..bile tulis entry nie hati terus menyirap mcm nk tembak org..sabar pn dh tahap maximum nie ha..

Citenye gini..last sunday ada tournament futsal i metro kt sports planet ampang..my team is 1 of the team yg enter d grand final..semangat gile sampai tetiap hari training..hope 4 d best la kan..kita dah usaha yg lain Allah yg tentukan..

dengan rasa bedebar kami pon memulakan pejuangan..dpendekkan cite...bejuang punya bejuang,utk menentukan kami masuk ke 3rd round,bergantung kpd 2 team dlm grouping kami kerana diorg last game..so diorg dua team nie pakat2 utk seri spy team kami x dpt move on..cane saya tau??ok bayangkan la ye masa men lwn kami diorg men mcm nk gile..sume boleh sepak dgn elok..bile lwn ngan team tue,bile bola out or corner sepak mcm org x reti sepak..pastue bile bola kt keeper haa baling ke keeper satu lg,tanpa ada sesapa yg kacau..game pn punya lah slow..kitorg yg tgk nie dah la sakit hati pastu nmpk sgt mcm dirancang2..

tolong r..mcm mane kite nk maju kalo ada sikap cam tue..kalo betul kite yakin team kita hebat,x perlu buat sume tue kan!!harghhhhh tensen gile..bukan tensen pasal kalah tp psl hal tue r..x pe,Allah tue maha adil..dan ini semua adalah qada' n qadar..next year we'll b back!!watch out!!

majlis penyerahan jersey

Hari sabtu hari tue ada majlis penyerahan jersey kpd sume playerz futsal pu3 kickerz..diharapkan dgn adanya jersey baru tue dpt la diorg main futsal dgn penuh semangat lg..

yg dpn2 nie la antara playerz nye

yg nie striker ija durian..belakang dia tue keeper uk

nie plak defender ijan..

25 mei 2010

Tanggal 25 Mei ari tue,my mom's family n i celebr8 my aunt's bday kt chop n steak serdang..my hubby x da cz kene g kursus..sape ckp keje gomen senang??skarang dh x mcm dulu..even,minum pg kol 10 pon skrang dh x bleh..keje melambak2..oo ter-emo plak.hehhhe

berbalik kpd cite bday..xtually on this date ada dua org punya bday in my family..my bro n aunt..tp dsbbkan 25 tue hari bekerja,so my bro x dpt dtg..sorry baru update blog ye..sbb bnyk hal sket..hehehe..

chic chop satu..

bday lady..yg pegang muqri r..happy bday tok de

nk test bawak vespa plak..

 mmm sedapnye food muqri..